Sudah lebih 40 tahun hidup ni. Kalau anda jumpa saya tentu tak percaya. Hehehe...rata-rata ramai yang kata masih 30an. Alhamdulillah..Allah berikan kesihatan untuk saya beribadat & melengkapkan diri sebelum bertemuNya. Dikurniakan 3 anak, semua perempuan dan saya amat BERSYUKUR dengan kehidupan saya. Serta diberikan seorang SUAMI yang AMAT memahami dan sentiasa memberi sokongan, walaupun dari segi kewangan..kami masih kurang.

Setahun yang lalu, saya menghadiri kursus PELABURAN SAHAM anjuran kumpulan Dr. Azizan Osman dan pengajarnya Haji Mohd Asri, (baru-baru ni dianugerahkan Social Media Influencer). Alhamdulillah..bagus jugak dapat belajar dengan beliau. Membuka mata dan hati saya untuk meneruskan bidang Accounting & Finance yang dulu saya benci. Pernah bekerja sebagai Eksekutif Akaun, tapi hanya bertahan 3 tahun. Nak buat macammana..masa belajar dulu Ayah saya suruh belajar Akaun, tapi saya minat pada Arkitek.

So, selepas meninggalkan bidang Akaun lebih 10 tahun, saya tertarik untuk menghadiri kursus Pelaburan Saham ni. Hmm...sebenarnya sebahagian dari subjek belajar dulu, Finance. Memang tak pernah minat pun. Tapi, lecturer dia minat laa.. 😍😍😍 Mike (Irishman).  Saya ni sebenarnya suka ambik tau tentang business, environment business dan syarikat-syarikat korporat yang ada. Tak kisah laa..dalam atau luar negara. Siapa dalam syarikat-syarikat tu dan perkembangan syarikat-syarikat tu. Setelah hadir kursus pelaburan tu, saya rasa tertarik untuk menghadiri kursus lanjut. Balik dari kursus tu, saya bincang dengan suami dan suami saya terus setuju. Alhamdulillah...bukan senang nak ikuti kursus lanjut tu. Suami saya sanggup jual kereta Vitara kami, untuk tampung harga kursus tu. Tanggungjawab yang berat juga untuk saya pikul.

Nov 2015 hingga Dis 2015 saya hadiri kursus lanjutan. Macam-macam yang diajar. Tak sangka, rupa-rupanya sekarang senang nak cetak wang di Bursa. Cuma saya perlu lebih mendalami teknik menganalisa carta dan memahami setiap syarikat sebelum menjadi salah seorang pemegang saham. Sifu saya (Haji Asri), ada membuat senarai aktiviti harian dan mingguan sebagai Pedagang. Banyak pembacaan perlu dilakukan dalam dan luar negara. Mungkin terlalu banyak input untuk permulaan, tetapi saya perlu cuba.

Masalahnya, semangat saya tidak membara seperti mula-mula hendak menghadiri kursus. Hmm...Februari 2016, saya berhenti kerana modal untuk dilaburkan tidak cukup. Saya berhenti disitu dan meneruskan kehidupan sebagai pembuat kek secara online.

Comments

Popular Posts